CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

rindu gile nak bermain gamelan lagi.. huhu

click..click...click

Sunday, July 17, 2011

atuk...berakhirnya sebuah perjalanan..



Berakhirnya pengembaraan atuk di dunia yg fana ini..

Tanggal 16 julai 2011,(14 sha’ban 1432) atuk kembali ke rahmatullah bertemu penciptaNya.. memang aku terasa kehilangannya dan x sangka arwah telah pergi.. atuk.. sebelum detik2 dia meninggalkan kami, tak sedikit pun menyusahkan anak cucunya.. ada org sebelum ajal dah terlantar. X boleh jalan. X boleh makan. X bleh buat itu ini.. tapi atuk lain.. atuk masih kuat berjaln.. masih bergurau2 dengan aku.. Cuma atuk kelihatan sedikit lesu je.. dan mengadu sakit dada.. tu yg aku x sangka atuk akan pergi jua pada hari itu..

Pagi sabtu pukul 4 lebih pagi mak kejutkan aku.. mak suruh aku bgun dan kata atuk dah macam critical. Ikutkan hati aku memang mls nak bgun. Ntah mcm mana lembut plak hati aku tuk bgun jua… celik je mata aku dgar atuk menjerit dan menyebut kalimah allah : laillahaillalah… (itu yg paling jelas aku dgr)muhammadarasullulah.. aku keluar dari bilik dan lihat atuk duduk tersandar di tiang seri rumah dan menahan kesakitan saat2 nyawanya hampir dicabut.. atuk Cuma menyebut adoi.. adoi.. menahan kesakitan sebelum ambulans datang dan membawa atuk ke hospital.. sebaik sahaja atuk dibaringkan di stretcher, atuk kelihatan lemah dan tak bermaya.. menurut abah, atuk meninggal sebaik sahaja di masukkan di ambulans.. sebelum atuk pergi, atuk teringin nak jumpa anak2 dia.. Alhamdullilah maklong dan makcik mia sempat menjenguk atuk semasa dia hidup.. tapi aku perasan, ketika tu atuk dah kelihatan lain sedikit.. Cuma aku buat x tahu je.. atuk kerap kali memberitahu kami dia dah nak pergi dan kata pandangan dia dah lain.. x macam dulu.. itulah petanda jelas dia nak pergi meninngalkan kami.. Cuma sedar dan x sedar je kami memahami maksud tersirat dia..

Semasa menguruskan jenazah atuk, memang cukup mudah.. kami tak perlu menunggu lama tuk segala2nya.. alhamdullilah.. ramai juga kenalan atuk yg membantu menguruskan jenazah.. dari mula sampailah atuk dikebumikan.. ntah kenapa kami x merasa penat dan tidak merasa sebarang kesulitan..

Alhamdullilah.. mungkin ini bahagian arwah yg Allah kurniakan pada nya.. Allah permudahkan segala urusan pengebumian arwah tanpa kesulitan.. aku pernah terdengar.. sesiapa yg mengucap 2 kalimah syahadah sebelum meninngal akan dimasukkan ke jannah tanpa perlu dihitung… inshaAllah.. atuk sebahagian dari org2 itu.. atuk tak meninggalkan harta yang berkepuk2 tuk anak2 cucunya.. tapi atuk meninggalkan ilmu2 agama.. nasihat2.. dan pedoman yang berguna tuk anak2 cucunya.. itulah harta yg paling bernilai yg atuk tinggal dan wariskan tuk kami semua..

Atuk yang kukenali sungguh sederhana kehidupannya.. walau pun org byk memberi dia baju dan kain2 yg cantik2 semasa hidupnya, atuk tetap gemar memakai yg lama.. walaupun baju lama kelihatan sudah lusuh, tapi itu yg atuk suka.. walaupun seluar nya dah koyak, dia tetap nak pakai dan mnyuruh aku menjahit seluarnya.. makan, atuk cukup sederhana.. cukup ada ikan masak asam pedas, atau telur dan sayur… atuk jarang makan ayam dan daging2.. mungkin itu yg menyebabkan atuk kelihatan tegap dan sihat hingga saat terakhirnya.. bagi ku atuk memnag pemurah.. kadang2 duit pencen dia habiskan tuk beli ikan tuk bagi kucing2 makan.. bukan sekor dua kucing yg dia bagi.. lebih dari 10 ekor.. tapi atuk tak kisah.. kadang2 dia mengadu x nak beli ikan lagi sebb duit habis, tapi akhirnya dia beli juga.. begitu jua tuk anak2 dan cucu2nya.. dia memng pemurah..

Atuk x suka gambar dia diambil.. seriously.. memang kami x byk simpan gambar atuk.. kalau ada pun yg diambil secara kebetulan… gambar last yg kami ada pada raya 2008.. itu pun secara kebetulan.. gambar dia diambil semasa aku mengambil gambar adik aku.. atuk terselit kat belakang luqman..atuk ketawa dgn riang.. mungkin lucu melihat telatah kami berdua..


dari aku kecil sampai aku besar, atuk byk menjaga dan membimbing aku.. kadang2 aku melawan cakap dia.. dia marah aku.. tapi x sedikit pun dia simpan lama2.. arwah atuk memang pemaaf orgnya.... atuk selalu memberi aku nasihat2 agama.. tapi kekadang aku buat x tau je.. tapi inshaAllah aku akan ingat semua pesan2 atuk...

kini perjalanan atuk di dunia sudah berakhir dan bermulanya perjalanan atuk di alam baru..

Ya Allah.. ampuni dosa2 atuk aku.. Mohd Tahir@bandot bin Ahmad, cucuri rahmat ke atas rohnya.. tempat kan dia di jannah mu bersama2 org2 yg beriman.. dan permudahkan lah segala urusannya disana.. amin...

al-fatihah..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK LE IKLAN NI....