CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

rindu gile nak bermain gamelan lagi.. huhu

click..click...click

Thursday, November 29, 2012



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. (memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya..)

Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." 
(ayat 1000 dinar)

mode: BERSYUKUR ATAS REZEKI YG DIKURNIAKANNYA...

Tuesday, September 11, 2012

SESUNGGUHNYA AKU TIDAK TAHU..

Niat suci murni nak update blog.. tapi apakan daya, setiap kali nak compose post, pasti jari-jemari ligat mengalihkan tumpuan kesana kemari ke FACEBOOK (misalnya).. nasib x de TWITER... kalo ada pasti jari jemari ini ligat kesana jua tuk bertweet tweet..

setiap kali buka blog... idea datang mencurah-curah tuk update blog.. tapi setiap kali mula tuk menzahirkan idea-idea ku di column "compose post", setiap kali itulah lah jari-jemari ini menjadi kaku.. otak pun tetibe membeku.. idea yang mencurah-curah tadi hilang begitu sahaja ibarat debu yang ditiup angin... yang mana piung2 nya masih kelihatan berselerakkan di udara tetapi sukar untuk menyatukannya kembali.. haih... (amboi.. rasa mcm sasterawan negara plak.. )

sebagai akibatnya.. berderet-derat la draft yang tidak dipublish yang mana hanya terdapat tajuknya sahaja tanpa isi.. hinggakan aku sendiri hilang punca dan ingatan tentang apa yang ingin aku publishkan..
terdapat jua draft post yang mempunyai isi yang mengarut ( ntah ape ape ntah.. ) tanpa tajuk... 
semuanya menjadi satu karya agung aku yang terbengkalai umpama projek-projek perumahan yang terbengkalai yg menanti tuk di tukar ganti kontraktor baru atau di robohkan sahaja..

v
v
v
v
yang mana akhirnya terpaksa ku lepaskan draft2 tersebut tuk didelete...

Sunday, April 8, 2012

aku graduan mencari kerja.. perlu ke memilih..?


hari tu aku dapat interview kerja kerajaan kat melaka sbg Pembantu Tadbir N17..

emmm.. actually kalau ikut kelayakan yg aku ada, aku deserve more better than just dapat jawatan n17.. ramai gak org yg condemn aku..suara2 sumbag terus berkata-kata :


" kau ada degree nape nak keje sbgi n17 je?"


"you deserve better than this.. ko tak nak cari kerja yg ikut kelayakkan kau ke?"

"sayangnya.. pointer ko baik.. tapi pembantu tadbir je?"

"ala... pembantu tadbir je? ko tak rasa rugi ke?"

dan bermacam2 lagilah...

pikir- pikir balik, as a fresh graduate, aku x boleh terlampau memilih.. apa yg dapat kita pergi je... mana tau rezeki kan..? x semestinya kalo aku dapat kerja tu aku xde peluang tuk kenaikkan pangkat atau peluang tuk mencari kerja yang lain yg bersesuaian dengan kelayakkan aku... positive.. positive.. ye la... dari duk kat umah tak buat apa.. baik aku kerja walaupun gaji kecik.. tapi ada gak hasil... ye x?

tapi x semua yg condemn aku.. ada gak kata2 yang menyejukkan telinga..

"takpe, cari pengalaman dulu.. tu kan penting.. sekarang majikan nak pekerja yg ada pengalaman.. "

"ok la tu.. sekurang2nya x lah menganggur n masuk dalam kelompok graduan menganggur"



lagi satu... yang buat aku betul2 rasa calm n yakin ialah kata2 dari seorang lecturer aku yg sgt2 best.. Dr Haniza Rais... entah kenapa kata2 dia slalu je menenangkan aku.. maybe sbb pengalaman dia kot.. ayat2 cinta ni dia tuju khas tuk semua pelajar2 dia kat fb.. aku copy n paste je kat sini.. tapi aku x letak semua ayat2 dia....


…..in total I waited for almost 2 years before I got posted.
"
Just wanna share with my students who have graduated and still haven't got posted yet…..

I took the opportunity to work elsewhere attending all kinds of interviews and tried different jobs. paying me so low but I stayed to occupy my time. all became part of my career experience that were totally different from teaching. later you know how all this add colors to your life. If I got posted too soon, I wouldnt have had such diverse experiences.

……. rezeki dah ditentukan, doa makes a difference. Allah beri bila tiba masanya. So seize the day!"



betul kata2 mdm... Rezeki dah ditentukan... bukan setakat rezeki je.. jodoh.. hidup.. mati.. semua dah ditentukan oleh Nya.. yang penting sekarang adalah usaha dan doa... n jangan berputus asa...

kepada graduan2 di luar sana yg masih mencari kerja.. teruskan mencari dan jangan berputus asa.. rezeki sentiasa terbuka luas tuk kita selagi kita x menutup jalan2 tuk mendapat kan rezeki tu...

inshaAllah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK LE IKLAN NI....